Sunday, 15 January 2017

100 Images That Will Restore Your Faith In Humanity



the true happiness is humanity. what can i say is lot of people still feel bored to do charity. hmm

Friday, 13 January 2017

assalamualaikum.. hari ni cerita saya syahdu sikit. sebak plus terharu. sebab Allah tunjuk kekuasaanNya.. allahu, memang insaf sangat. mesti awak semua tertanya tanya apa yang buat saya sedih syahdu ni.haha. hmm macam ni ceritanya. tapi sebelum tu saya nak betul niat saya dulu. saya cerita semua ni sebab nak kongsi kebesaran Allah.bukan nak riak. okey.

macam ni ceritanya, kisah ny baru je. dalam bulan 12 gitu. saya ada tertengok kat instagram heliza helmi pasal syria Aleppo. ada satu video yang betul2 buat saya nekad untuk bagi sumbangan yang besar juga bagi saya sebagai pelajar ni. masa nak whatsapp orang yang urus sumbangan ni saya terfikir banyak kali. betul ke. dah la elaun ny cukup2 untuk 3 minggu. masa tu dalam bank ada rm300. banyak lagi, takpe, benda baik ni. susah pun takpa. asal saudara seagama terbela. so saya pun sumbang la seratus.

setelah segala urusan bank in selesai alhamdulillah hati memang tenang. akhirnya ada juga jasa aku pada agama. sekurang kurangnya nanti aku mati pahala sedekah tu berterusan. Alhamdulillah.

setelah sekian lama berada zon selesa (duit banyak) suatu hari aku guna untuk beli baju online dan bekalan makanan di hostel, duit aku hampir habis. masa tu memang rasa sedih gila sangat sebab terpaksa mengemis makanan dari kawan. Ya allah, rasa meminta tu memang hina. sebab aku xpernah meminta makanan sebab betul2 lapar.. minta pun sebab saja2 nak rasa.

malam tu aku nangis sebab aku telah merasai bagaimana sadisnya berada dalam kesusahan. aku terpaksa meminta,meminjam duit ='< sedih weh. aku mengadu pada Allah betapa sedihnya rasa susah ni. tapi aku positifkan dirir aku dan buat2 tak kisah pasal lapar tu. aku tak akan sesekali menyalahkan diri aku kerana derma duit dengan jumlah yang banyak sebab mereka patut mendapatkannya. apa la sangat susah aku dibandingkan mereka saudara Islam kita yang dulu hidup harmoni kaya raya tapi sekarang makan roti kulat,makan sampah,makan rumput kering. derita aku ni selemah lemah iman.

kemudian setelah beberapa hari "puasa" aku call abah untuk minta tambahkan duit. ingat senang ke nak minta duit dengan parent? saya ni sebolehnya tidak mahu menyusahkan ibu bapa saya. selagi boleh tahan aku tahan. tapi aku risau juga banyak meminjam maka hutang pun banyak.

lepas abah bank in duit terus aku selesaikan hutang aku dengan kawan2 aku. first thing first. memang aku jenis tak tangguh hutang. kalau lambat bayar tu maybe takde duit atau memang tak ingat. bila ingat je terus bayar. aku cuba dan usaha untuk pupuk sikap mahmudah ni.

so selesai part yang tu. keadaan memnjadi aman. mesti korang tertanya apa yang aku nak cerita sebenarnya? hehe sabar.. nak sambung cerita lagi ny.. tak habis lagi.

jengjengjeng,
pada suatu hari, (hari ny) aku memang ketandusan duit sebab banyak berbelanja minggu ny. rasa lapar tu luar biasa rasanya.haha. maybe sebab stress maka makan adalah penawarnya. biasa la pompuan. makin banyak berbelanja makin banyak wang dikeluarkan.

aku ada cek akaun akaun aku baru je ny.. dua tiga hari lepas. dalam akaun aku ada dua angka je.
sedih juga sebab aku sebolehnya tak nak minta dengan abah. tapi memandangkan minggu aku aku balik sebab cuti sem akan menjelma maka aku perlukan duit untuk bayar uber n sebagainya.
aku whatsapp adik aku minta tanya abah untuk masukkan seratus je. sebab nak beli beg simpan barang hostel aku plus makan plus uber. dan apa yang berlaku? adik aku bagitahu yang abah aku dah masukkan duit rm250 minggu lepas. memang minggu lepas aku ada keluarkan duit dan aku cek akaun aku ada rm44 ringgit je. memandangkan cimb ny ada kuota macam tu la kita kena tinggalkan 20% tak silap aku dalam bank, so aku dah tak boleh keluarkan duit aku.

jadi aku terfikir la, minggu lepas aku ada keluarkan duit dan aku sangat yakin aku dah guna duit tu untuk beli barang keperluan aku. ok sambung apa yang adik aku bagitahu, dia cakap abah suruh aku cek akaun aku duit tu ada ke tak. aku dah gabra habis dah. so aku jawab takpe la. aku lupa nak cek akaun aku. sebab lama tak keluarkan duit. terpaksa menipu sebab takut abah aku marah dan kesian abah aku kena keluarkan duit. so ape terjadi? aku pun bukak la juga cimb click aku ny.. saje nak tengok baki. bapak terkejut aku! serius aku cakap memang aku baru je cek akaun aku tiga hari lepas tak silap yang akaun aku ny ada beberapa hinggit je. tetiba pulak aku cek dalam akaun aku ada 200++ lebih. Ya Allah!!

sumpah aku tak percaya sebab first abah aku kata dia bank in 250 minggu lepas(7 hari lepas) n aku cek tiga hari lepas baki akaun ada 44 hinggit  je.. so? sebelum aku cek akaun aku sekali lagi aku berdoa pada Allah jika aku dalam kesulitan tolong aku ya Allah. tunjukkanlah kuasaMu.. insafi aku dengan kebesaranMu.. and yes aku insaf sgt..

so pengajarn dari cerita aku, kita sebagai umat Islam memang wajib yakin yang Allah tu Maha Besar. Dia boleh buat apa saja, tunaikan apa saja apa yang umatnya minta.. dan aku rasa berkat sedekah aku Allah balas balik dengan dua lipat kali ganda apa yang aku bagi sebelum ni. lailahaillah.. semoga pengisian maghrib+insyak ni membuka pintu hati kita untuk lebih bertaqwa pada Allah.

Monday, 9 January 2017

Thursday, 5 January 2017

Assalamualakum guys.. Allahu, berhabuk dah blog. dah lama tinggal tak sentuh tak tengok tak jenguk.

Apa khabar readers! tq support my blog. 

So for your information you olls saya nak final dah 13/1/2017 ny.. 

So doakan yang terbaik untuk saya ye awak2 sume.. maybe ada doa di antara awak semua termakbul.. terharu sis. hahaha. k 

Memandangkan musim exam sekarang ni.. nak cerita tips yang boleh diamalkan oleh para pelajar semua. tapi sebelum tu kita kena tau kita ny jenis manusia yang macam mana bila belajar. 

Macam saya saya, saya ni audio person/learner. so saya kena tau macam mana pembelajaran yang berkesan orang macam saya ni. 

Anda semua boleh tengok  disini   sebagai ilmu tambahan. tak semua readers saya audiotori learner *heheh 

Banyak cara yang boleh awak semua amalkan apabila menjelmanya musim exam iaitu

  • first at all, jangan study last minute macam saya ny. 
  • jaga kesihatan - nanti demam ke ape sape nak tolong attend exam tu
  • buat notes. buat summary or mind map, tu lebih efektif
  •  jangan missed class for last attendence.. time tu la your lecturer nak keluarkn tips or trick untuk uolls.
  • manage your time wisely. 
  • stop berfoya foya. use your time for covering up what you mess. 
  • jumpe lecturer kalau ada soalan tak paham.or ada sebarang pertanyaan yang menggangu jiwa uolls.
  • ingat mak bapak kalau rasa malas belajar. tu taktik berkesan untuk saya. *hahah
  • selepas penat berusaha,berhempas pulas, tido lewat and so on, kita mestilah tawakal. jangan lupa doa pada tuhan untuk dimurahkann rezeki,pemahaman yang tinggi pada sesuatu subjek yang uolls ambil.
  • jangan liat buat amalan sunat such as solat tahajud, solat dhuha, sedekah 

So rasanya setakat tu je la yang saya ingin kongsikan tips yang cuba saya amalkan. Baca baik2 eh. CUBA untuk amalkan sebab saya pun tak la amalkan selalu apa yang cakap tu tapi cuba untuk istiqamah melaksanakannya. k sekarang dah masuk azan Maghrib. see you then. kiss and hug :B