astaghfirullah halazim.. ya Allah! ya Allah! ya Allah!.. lailahaillah muhammadarrasullullah..
dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
alhamdulillah hatiku kini semakin tenang.. dengan menyebut Allah sahaja membuatkan hatiku lembut untuk menilai kelemahan dan kekerdilan diri ini.. subhanallah! maha suci Allah .. syukur padaMu kerana masih memberi peluang padaku untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini..
ya Allah.. aku menyesal dengan kemaksiatan yang telah ku lakukan di atas muka bumi ini.. ampunkan dosa2 ku yang selama ini aku lakukan tanpa ku sedari atau ku sedari.. ya Allah.. ampunkan daku,dosa kedua dua ibubapaku,keluargaku,dan muslimin dan muslimat yang masih hidup atau sudah meninggal dunia..
ya Allah.. hari ini aku mahu meluahkan rasa syukurku pada nikmatMu yang telah kau limpahkan pada diriku.. alhamdulillah! syukur..syukur kerana masih lagi berpeluang memilih jalan yang benar.
ya Allah, hari ini aku bergaduh dengan ibuku kerana sedikit salah faham.. aku berasa sangat kecewa kerana selama ini aku tidak pernah diberi peluang untuk menentukan sebarang keputusan sendiri..
aku mula memberontak dan melawan kata2 ibu bapaku.. aku merasakan keputusan yang aku buat adalah tepat.. aku membuat sebarang keputusan bukan semberono.. aku membuat kajian melalui pembacaan,pengalaman dan pendapat individu yang tertentu yang arif dengan bidang tersebut.
aku telah mengeluarkan hasrat pada ibuku untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. memanag tidak dinafikan memang banyak kelebihan dari kekurangan apabila masuk ke tingkatan 6.. namun begitu hasratku ditentang sekeras kerasnya oleh ibuku.. beliau memberi alasan bahawa STPM adalah susah.. bagi aku semua peperiksaan adalah susah.. ini adalah bergantung dengan usaha yang telah kita usahakan.. tidak juga ku nafikan aku memperoleh keputusan SPM tidaklah seberapa.. hanya peroleh 5A 3B 1D.. bagiku itu adalah cukup dan aku amat berpuas hati kerana aku akui aku bukanlah seorang pelajar yang rajin.. aku banyak menghabiskan masaku untuk melakukan perkara yang sia2..
namun atas kesedaran itu, ditambah pula ekoran kematangan diri yang semakin mekar membuatku insaf dan memasang impian untuk belajar bersungguh sungguh untuk mencapai impian aku.. namun begitu, bagi mereka di luar sana keputusan ku amat baik dan masih lagi boleh memohon bidang2 yang ku minati.. aku dan sains tidak dapat dipisahkan.. walaupun subjek sains ku B namun bagi aku itu bukanlah suatu penghalang..oleh itu aku telah memohon dalam UPU dan sebuah universiti swasta separa kerajaan iaitu UNiKL dalam bidang farmasi..
kemudian aku mendapat surat temuduga dari UNiKL untuk temuduga dalam bidang farmasi.. alangkah bahagianya aku.. aku telah selesai dalam temuduga ini.. sangat ku tidak sangka temuduga ini tidak sedikit pun sukar malahan santai sahaja. namun begitu, aku mula rasa sangsi untuk meneruskan pengajian ini kerana aku mengambil diploma farmasi.. diploma memperuntukkan 3 tahun manakala ijazah memperuntukkan 4 tahun.. aku rasa ini tidak berbaloi kerana masa ku hanya terbazir di sini sahaja. aku juga banyak membandingkan dari segi pembelajaran dan jarak masa..
kalau bioleh aku mahu menjadi seorang farmasi di usia yang muda dan mendapat pekerjaan yang stabil apabila berumur 25 tahun. sedangkan apabila aku mengambil diploma kemudian ke ijazah aku akan bergraduasi pada umur 25 tahun.. jika aku ambil STPM dan sambung ijazah farmasi aku akan bergraduasi pada umur 23 tahun. anda rasa mana lebih untung? semestinya menyambung di tingkatan 6.. namun ibu aku bersikap prejudis terhadap diriku dan mengatakan aku ini bukan lah manusia yang genius untuk memperoleh keputusan cemerlang.. tambahnya lagi tingkatan 6 adalah untuk pelajar yang lemah.. aku berasa hairan namun itu bukan tanda tanya yang besar dalam diri aku. persoalan dalam diri aku sebenarnya adalah mampukah mereka menanggung aku lagi sedangkan bilangan adik beradik ku makin bertambah.. sebolehnya aku mahu pekerjaan yang bagus dan bekerja dengan lebih cepat agar mampu meringankan beban bapa ku..
tapi katanya dia lebih tahu siapa diri.. namun menganggap sebaliknya.. bagiku dia tidak berfikiran jauh sepertiku.. walau apepun aku berharap Allah menunjukkan jalan yang benar dan lurus agar aku tidak membuat kesilapan apabila membuat sebarang keputusan..