Sunday, 15 January 2017

100 Images That Will Restore Your Faith In Humanity



the true happiness is humanity. what can i say is lot of people still feel bored to do charity. hmm

Friday, 13 January 2017

assalamualaikum.. hari ni cerita saya syahdu sikit. sebak plus terharu. sebab Allah tunjuk kekuasaanNya.. allahu, memang insaf sangat. mesti awak semua tertanya tanya apa yang buat saya sedih syahdu ni.haha. hmm macam ni ceritanya. tapi sebelum tu saya nak betul niat saya dulu. saya cerita semua ni sebab nak kongsi kebesaran Allah.bukan nak riak. okey.

macam ni ceritanya, kisah ny baru je. dalam bulan 12 gitu. saya ada tertengok kat instagram heliza helmi pasal syria Aleppo. ada satu video yang betul2 buat saya nekad untuk bagi sumbangan yang besar juga bagi saya sebagai pelajar ni. masa nak whatsapp orang yang urus sumbangan ni saya terfikir banyak kali. betul ke. dah la elaun ny cukup2 untuk 3 minggu. masa tu dalam bank ada rm300. banyak lagi, takpe, benda baik ni. susah pun takpa. asal saudara seagama terbela. so saya pun sumbang la seratus.

setelah segala urusan bank in selesai alhamdulillah hati memang tenang. akhirnya ada juga jasa aku pada agama. sekurang kurangnya nanti aku mati pahala sedekah tu berterusan. Alhamdulillah.

setelah sekian lama berada zon selesa (duit banyak) suatu hari aku guna untuk beli baju online dan bekalan makanan di hostel, duit aku hampir habis. masa tu memang rasa sedih gila sangat sebab terpaksa mengemis makanan dari kawan. Ya allah, rasa meminta tu memang hina. sebab aku xpernah meminta makanan sebab betul2 lapar.. minta pun sebab saja2 nak rasa.

malam tu aku nangis sebab aku telah merasai bagaimana sadisnya berada dalam kesusahan. aku terpaksa meminta,meminjam duit ='< sedih weh. aku mengadu pada Allah betapa sedihnya rasa susah ni. tapi aku positifkan dirir aku dan buat2 tak kisah pasal lapar tu. aku tak akan sesekali menyalahkan diri aku kerana derma duit dengan jumlah yang banyak sebab mereka patut mendapatkannya. apa la sangat susah aku dibandingkan mereka saudara Islam kita yang dulu hidup harmoni kaya raya tapi sekarang makan roti kulat,makan sampah,makan rumput kering. derita aku ni selemah lemah iman.

kemudian setelah beberapa hari "puasa" aku call abah untuk minta tambahkan duit. ingat senang ke nak minta duit dengan parent? saya ni sebolehnya tidak mahu menyusahkan ibu bapa saya. selagi boleh tahan aku tahan. tapi aku risau juga banyak meminjam maka hutang pun banyak.

lepas abah bank in duit terus aku selesaikan hutang aku dengan kawan2 aku. first thing first. memang aku jenis tak tangguh hutang. kalau lambat bayar tu maybe takde duit atau memang tak ingat. bila ingat je terus bayar. aku cuba dan usaha untuk pupuk sikap mahmudah ni.

so selesai part yang tu. keadaan memnjadi aman. mesti korang tertanya apa yang aku nak cerita sebenarnya? hehe sabar.. nak sambung cerita lagi ny.. tak habis lagi.

jengjengjeng,
pada suatu hari, (hari ny) aku memang ketandusan duit sebab banyak berbelanja minggu ny. rasa lapar tu luar biasa rasanya.haha. maybe sebab stress maka makan adalah penawarnya. biasa la pompuan. makin banyak berbelanja makin banyak wang dikeluarkan.

aku ada cek akaun akaun aku baru je ny.. dua tiga hari lepas. dalam akaun aku ada dua angka je.
sedih juga sebab aku sebolehnya tak nak minta dengan abah. tapi memandangkan minggu aku aku balik sebab cuti sem akan menjelma maka aku perlukan duit untuk bayar uber n sebagainya.
aku whatsapp adik aku minta tanya abah untuk masukkan seratus je. sebab nak beli beg simpan barang hostel aku plus makan plus uber. dan apa yang berlaku? adik aku bagitahu yang abah aku dah masukkan duit rm250 minggu lepas. memang minggu lepas aku ada keluarkan duit dan aku cek akaun aku ada rm44 ringgit je. memandangkan cimb ny ada kuota macam tu la kita kena tinggalkan 20% tak silap aku dalam bank, so aku dah tak boleh keluarkan duit aku.

jadi aku terfikir la, minggu lepas aku ada keluarkan duit dan aku sangat yakin aku dah guna duit tu untuk beli barang keperluan aku. ok sambung apa yang adik aku bagitahu, dia cakap abah suruh aku cek akaun aku duit tu ada ke tak. aku dah gabra habis dah. so aku jawab takpe la. aku lupa nak cek akaun aku. sebab lama tak keluarkan duit. terpaksa menipu sebab takut abah aku marah dan kesian abah aku kena keluarkan duit. so ape terjadi? aku pun bukak la juga cimb click aku ny.. saje nak tengok baki. bapak terkejut aku! serius aku cakap memang aku baru je cek akaun aku tiga hari lepas tak silap yang akaun aku ny ada beberapa hinggit je. tetiba pulak aku cek dalam akaun aku ada 200++ lebih. Ya Allah!!

sumpah aku tak percaya sebab first abah aku kata dia bank in 250 minggu lepas(7 hari lepas) n aku cek tiga hari lepas baki akaun ada 44 hinggit  je.. so? sebelum aku cek akaun aku sekali lagi aku berdoa pada Allah jika aku dalam kesulitan tolong aku ya Allah. tunjukkanlah kuasaMu.. insafi aku dengan kebesaranMu.. and yes aku insaf sgt..

so pengajarn dari cerita aku, kita sebagai umat Islam memang wajib yakin yang Allah tu Maha Besar. Dia boleh buat apa saja, tunaikan apa saja apa yang umatnya minta.. dan aku rasa berkat sedekah aku Allah balas balik dengan dua lipat kali ganda apa yang aku bagi sebelum ni. lailahaillah.. semoga pengisian maghrib+insyak ni membuka pintu hati kita untuk lebih bertaqwa pada Allah.

Monday, 9 January 2017

Thursday, 5 January 2017

Assalamualakum guys.. Allahu, berhabuk dah blog. dah lama tinggal tak sentuh tak tengok tak jenguk.

Apa khabar readers! tq support my blog. 

So for your information you olls saya nak final dah 13/1/2017 ny.. 

So doakan yang terbaik untuk saya ye awak2 sume.. maybe ada doa di antara awak semua termakbul.. terharu sis. hahaha. k 

Memandangkan musim exam sekarang ni.. nak cerita tips yang boleh diamalkan oleh para pelajar semua. tapi sebelum tu kita kena tau kita ny jenis manusia yang macam mana bila belajar. 

Macam saya saya, saya ni audio person/learner. so saya kena tau macam mana pembelajaran yang berkesan orang macam saya ni. 

Anda semua boleh tengok  disini   sebagai ilmu tambahan. tak semua readers saya audiotori learner *heheh 

Banyak cara yang boleh awak semua amalkan apabila menjelmanya musim exam iaitu

  • first at all, jangan study last minute macam saya ny. 
  • jaga kesihatan - nanti demam ke ape sape nak tolong attend exam tu
  • buat notes. buat summary or mind map, tu lebih efektif
  •  jangan missed class for last attendence.. time tu la your lecturer nak keluarkn tips or trick untuk uolls.
  • manage your time wisely. 
  • stop berfoya foya. use your time for covering up what you mess. 
  • jumpe lecturer kalau ada soalan tak paham.or ada sebarang pertanyaan yang menggangu jiwa uolls.
  • ingat mak bapak kalau rasa malas belajar. tu taktik berkesan untuk saya. *hahah
  • selepas penat berusaha,berhempas pulas, tido lewat and so on, kita mestilah tawakal. jangan lupa doa pada tuhan untuk dimurahkann rezeki,pemahaman yang tinggi pada sesuatu subjek yang uolls ambil.
  • jangan liat buat amalan sunat such as solat tahajud, solat dhuha, sedekah 

So rasanya setakat tu je la yang saya ingin kongsikan tips yang cuba saya amalkan. Baca baik2 eh. CUBA untuk amalkan sebab saya pun tak la amalkan selalu apa yang cakap tu tapi cuba untuk istiqamah melaksanakannya. k sekarang dah masuk azan Maghrib. see you then. kiss and hug :B


Tuesday, 16 August 2016

Aku suka motivate diri aku supaya tidak selalu terasa lemah .. 😊
Aku nak cerita bagaimana aku teruskan hidup aku sebab maybe dalam hidup di atas dunia ni ada yang terjatuh, dan tidak mahu bangun lagi.. Tapi cerita hidup aku ny tak teruk sangat dan mungkin biasa2 saja.. Tapi aku tetap nak tulis sebab aku mahu berkongsi 😊

Ok , sebelum tu aku nak bagitau yang aku masih muda,mentah Dan panjang lagi perjalanan aku dalam kehidupan..

Started in form 1 I know the world ,the real world... Dulu aku budak yang naif dan penuh dengan perasaan memberontak dalam hati.. Selalu ikut kepala sendiri.. Tak dengar saman, keras kepala, selfish.. Haish teruk jugak la.. Tapi memori tu nengajar aku menjadi lebih dewasa dan menyedarkan aku betapa dalam hidup remaja aku, aku selalu terlepas, tidak kira lah apepun, aku, memang rasa sangat rugi, sebab melepaskan zaman remaja aku..

Aku banyak menyusahkan orang, buat banyan sangat masalah yang memeningkan kepala mama and Abah.. 😌 aku memang tak guna ..

Tapi masa tu berlalu dengan pantas.. Sedar tak sedar aku telah pun menjejak kaki aku ke alam baru.. Alam yang penuh onak duri, zaman paling kritikal dalam kitaran hidup manusia.. Zaman yang sarat dengan pahit dan getir ,menguji fizikal, mental dan kecekalan hati..
Aku,
akan terjatuh..
Tersungkur,
sakit..
Jadi, sebelum aku terkena , lebih baik aku bersedia dari sekarang takut, aku akan lemah, tak terdaya hadapi semua dugaan tu

Monday, 15 August 2016

Hidup

Assalamualaikum.. Dah lama tinggal blog.. Berhabuk sudah 😂 .. Pagi ni just nak share bagaimana perjalanan hidup aku as student rcmp. Ok .. Dulu page lepas aku dah cerita pasal aku dapat tawaran and temuduga dri UNiKL kan? Yeayyy aku dapat and sekarang telah pun bergelar student UNiKL ☺ happy ngat ☺ so takdir hidup aku adalah jadi ahli farmasi / penolong pegawai farmasi ☺ it's okey 👌 sebab dengan pilih course ny and diploma saja pun aku dah bersyukurrrr sgt ☺.. Aku berazam akan bersungguh sungguh belajar dekat u ni and mohon cepat2 dapat kerja ☺ hehe .. Hidup ny sentiasa ada naik turun kan? Jika sekarang aku berada di at as, moga2 apabila di bawah aku tetap bersemngat seperti bagaimana aku pernah bersemngat berada di atas ☺ kita tak tahu man ape yang akan berlaku esok, lusa Dan masa akan datang.. Jadi, aku, akan berusaha sehabis daya aku dan juga akan memberi sehabis bagus mungkin usaha supaya perkara yang akan berlaku di hadapan masih lagi berharapan ☺ hehe .. Maaf sebab dalam blog ny banyak cakap yang merepek repek... Dalam hati ni banyak yang nak diluahkan.. Tapi mungkin sebahagian saja dapat terungkap Dan dicerita.. 😊 tapi apepun saya ,tetap akan terus berjuang, menjadi apa yang saya impikan selama ny 😊 cayokk!! Terima kasih menyokong, sabar, berkorban, memberi dan memaaf kesilapan diri ini.. 😊

Thursday, 5 May 2016

subhanaallah walhamdulillah walallahuakhbar...
astaghfirullah halazim.. ya Allah! ya Allah! ya Allah!.. lailahaillah muhammadarrasullullah..
dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
alhamdulillah hatiku kini semakin tenang.. dengan menyebut Allah sahaja membuatkan hatiku lembut untuk menilai kelemahan dan kekerdilan diri ini.. subhanallah! maha suci Allah .. syukur padaMu kerana masih memberi peluang padaku untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini..

ya Allah.. aku menyesal dengan kemaksiatan yang telah ku lakukan di atas muka bumi ini.. ampunkan dosa2 ku yang selama ini aku lakukan tanpa ku sedari atau ku sedari.. ya Allah.. ampunkan daku,dosa kedua dua ibubapaku,keluargaku,dan muslimin dan muslimat yang masih hidup atau sudah meninggal dunia..

ya Allah.. hari ini aku mahu meluahkan rasa syukurku pada nikmatMu yang telah kau limpahkan pada diriku.. alhamdulillah! syukur..syukur kerana masih lagi berpeluang memilih jalan yang benar.
ya Allah, hari ini aku bergaduh dengan ibuku kerana sedikit salah faham.. aku berasa sangat kecewa kerana selama ini aku tidak pernah diberi peluang untuk menentukan sebarang keputusan sendiri..
aku mula memberontak dan melawan kata2 ibu bapaku.. aku merasakan keputusan yang aku buat adalah tepat.. aku membuat sebarang keputusan bukan semberono.. aku membuat kajian melalui pembacaan,pengalaman dan pendapat individu yang tertentu yang arif dengan bidang tersebut.

aku telah mengeluarkan hasrat pada ibuku untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. memanag tidak dinafikan memang banyak kelebihan dari kekurangan apabila masuk ke tingkatan 6.. namun begitu hasratku ditentang sekeras kerasnya oleh ibuku.. beliau memberi alasan bahawa STPM adalah susah.. bagi aku semua peperiksaan adalah susah.. ini adalah bergantung dengan usaha yang telah kita usahakan.. tidak juga ku nafikan aku memperoleh keputusan SPM tidaklah seberapa.. hanya peroleh 5A 3B 1D.. bagiku itu adalah cukup dan aku amat berpuas hati kerana aku akui aku bukanlah seorang pelajar yang rajin.. aku banyak menghabiskan masaku untuk melakukan perkara yang sia2.. 

namun atas kesedaran itu, ditambah pula ekoran kematangan diri yang semakin mekar membuatku insaf dan memasang impian untuk belajar bersungguh sungguh untuk mencapai impian aku.. namun begitu, bagi mereka di luar sana keputusan ku amat baik dan masih lagi boleh memohon bidang2 yang ku minati.. aku dan sains tidak dapat dipisahkan.. walaupun subjek sains ku B namun bagi aku itu bukanlah suatu penghalang..oleh itu aku telah memohon dalam UPU dan sebuah universiti swasta separa kerajaan iaitu UNiKL dalam bidang farmasi.. 

kemudian aku mendapat surat temuduga dari UNiKL untuk temuduga dalam bidang farmasi.. alangkah bahagianya aku.. aku telah selesai dalam temuduga ini.. sangat ku tidak sangka temuduga ini tidak sedikit pun sukar malahan santai sahaja. namun begitu, aku mula rasa sangsi untuk meneruskan pengajian ini kerana aku mengambil diploma farmasi.. diploma memperuntukkan 3 tahun manakala ijazah memperuntukkan 4 tahun.. aku rasa ini tidak berbaloi kerana masa ku hanya terbazir di sini sahaja. aku juga banyak membandingkan dari segi pembelajaran dan jarak masa.. 

kalau bioleh aku mahu menjadi seorang farmasi di usia yang muda dan mendapat pekerjaan yang stabil apabila berumur 25 tahun. sedangkan apabila aku mengambil diploma kemudian ke ijazah aku akan bergraduasi pada umur 25 tahun.. jika aku ambil STPM dan sambung ijazah farmasi aku akan bergraduasi pada umur 23 tahun. anda rasa mana lebih untung? semestinya menyambung di tingkatan 6.. namun ibu aku bersikap prejudis terhadap diriku dan mengatakan aku ini bukan lah manusia yang genius untuk memperoleh keputusan cemerlang.. tambahnya lagi tingkatan 6 adalah untuk pelajar yang lemah.. aku berasa hairan namun itu bukan tanda tanya yang besar dalam diri aku. persoalan dalam diri aku sebenarnya adalah mampukah mereka menanggung aku lagi sedangkan bilangan adik beradik ku makin bertambah.. sebolehnya aku mahu pekerjaan yang bagus dan bekerja dengan lebih cepat agar mampu meringankan beban bapa ku.. 

tapi katanya dia lebih tahu siapa diri.. namun menganggap sebaliknya.. bagiku dia tidak berfikiran jauh sepertiku.. walau apepun aku berharap Allah menunjukkan jalan yang benar dan lurus agar aku tidak membuat kesilapan apabila membuat sebarang keputusan..