Tuesday, 16 August 2016

Aku suka motivate diri aku supaya tidak selalu terasa lemah .. 😊
Aku nak cerita bagaimana aku teruskan hidup aku sebab maybe dalam hidup di atas dunia ni ada yang terjatuh, dan tidak mahu bangun lagi.. Tapi cerita hidup aku ny tak teruk sangat dan mungkin biasa2 saja.. Tapi aku tetap nak tulis sebab aku mahu berkongsi 😊

Ok , sebelum tu aku nak bagitau yang aku masih muda,mentah Dan panjang lagi perjalanan aku dalam kehidupan..

Started in form 1 I know the world ,the real world... Dulu aku budak yang naif dan penuh dengan perasaan memberontak dalam hati.. Selalu ikut kepala sendiri.. Tak dengar saman, keras kepala, selfish.. Haish teruk jugak la.. Tapi memori tu nengajar aku menjadi lebih dewasa dan menyedarkan aku betapa dalam hidup remaja aku, aku selalu terlepas, tidak kira lah apepun, aku, memang rasa sangat rugi, sebab melepaskan zaman remaja aku..

Aku banyak menyusahkan orang, buat banyan sangat masalah yang memeningkan kepala mama and Abah.. 😌 aku memang tak guna ..

Tapi masa tu berlalu dengan pantas.. Sedar tak sedar aku telah pun menjejak kaki aku ke alam baru.. Alam yang penuh onak duri, zaman paling kritikal dalam kitaran hidup manusia.. Zaman yang sarat dengan pahit dan getir ,menguji fizikal, mental dan kecekalan hati..
Aku,
akan terjatuh..
Tersungkur,
sakit..
Jadi, sebelum aku terkena , lebih baik aku bersedia dari sekarang takut, aku akan lemah, tak terdaya hadapi semua dugaan tu

Monday, 15 August 2016

Hidup

Assalamualaikum.. Dah lama tinggal blog.. Berhabuk sudah 😂 .. Pagi ni just nak share bagaimana perjalanan hidup aku as student rcmp. Ok .. Dulu page lepas aku dah cerita pasal aku dapat tawaran and temuduga dri UNiKL kan? Yeayyy aku dapat and sekarang telah pun bergelar student UNiKL ☺ happy ngat ☺ so takdir hidup aku adalah jadi ahli farmasi / penolong pegawai farmasi ☺ it's okey 👌 sebab dengan pilih course ny and diploma saja pun aku dah bersyukurrrr sgt ☺.. Aku berazam akan bersungguh sungguh belajar dekat u ni and mohon cepat2 dapat kerja ☺ hehe .. Hidup ny sentiasa ada naik turun kan? Jika sekarang aku berada di at as, moga2 apabila di bawah aku tetap bersemngat seperti bagaimana aku pernah bersemngat berada di atas ☺ kita tak tahu man ape yang akan berlaku esok, lusa Dan masa akan datang.. Jadi, aku, akan berusaha sehabis daya aku dan juga akan memberi sehabis bagus mungkin usaha supaya perkara yang akan berlaku di hadapan masih lagi berharapan ☺ hehe .. Maaf sebab dalam blog ny banyak cakap yang merepek repek... Dalam hati ni banyak yang nak diluahkan.. Tapi mungkin sebahagian saja dapat terungkap Dan dicerita.. 😊 tapi apepun saya ,tetap akan terus berjuang, menjadi apa yang saya impikan selama ny 😊 cayokk!! Terima kasih menyokong, sabar, berkorban, memberi dan memaaf kesilapan diri ini.. 😊

Thursday, 5 May 2016

subhanaallah walhamdulillah walallahuakhbar...
astaghfirullah halazim.. ya Allah! ya Allah! ya Allah!.. lailahaillah muhammadarrasullullah..
dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
alhamdulillah hatiku kini semakin tenang.. dengan menyebut Allah sahaja membuatkan hatiku lembut untuk menilai kelemahan dan kekerdilan diri ini.. subhanallah! maha suci Allah .. syukur padaMu kerana masih memberi peluang padaku untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini..

ya Allah.. aku menyesal dengan kemaksiatan yang telah ku lakukan di atas muka bumi ini.. ampunkan dosa2 ku yang selama ini aku lakukan tanpa ku sedari atau ku sedari.. ya Allah.. ampunkan daku,dosa kedua dua ibubapaku,keluargaku,dan muslimin dan muslimat yang masih hidup atau sudah meninggal dunia..

ya Allah.. hari ini aku mahu meluahkan rasa syukurku pada nikmatMu yang telah kau limpahkan pada diriku.. alhamdulillah! syukur..syukur kerana masih lagi berpeluang memilih jalan yang benar.
ya Allah, hari ini aku bergaduh dengan ibuku kerana sedikit salah faham.. aku berasa sangat kecewa kerana selama ini aku tidak pernah diberi peluang untuk menentukan sebarang keputusan sendiri..
aku mula memberontak dan melawan kata2 ibu bapaku.. aku merasakan keputusan yang aku buat adalah tepat.. aku membuat sebarang keputusan bukan semberono.. aku membuat kajian melalui pembacaan,pengalaman dan pendapat individu yang tertentu yang arif dengan bidang tersebut.

aku telah mengeluarkan hasrat pada ibuku untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. memanag tidak dinafikan memang banyak kelebihan dari kekurangan apabila masuk ke tingkatan 6.. namun begitu hasratku ditentang sekeras kerasnya oleh ibuku.. beliau memberi alasan bahawa STPM adalah susah.. bagi aku semua peperiksaan adalah susah.. ini adalah bergantung dengan usaha yang telah kita usahakan.. tidak juga ku nafikan aku memperoleh keputusan SPM tidaklah seberapa.. hanya peroleh 5A 3B 1D.. bagiku itu adalah cukup dan aku amat berpuas hati kerana aku akui aku bukanlah seorang pelajar yang rajin.. aku banyak menghabiskan masaku untuk melakukan perkara yang sia2.. 

namun atas kesedaran itu, ditambah pula ekoran kematangan diri yang semakin mekar membuatku insaf dan memasang impian untuk belajar bersungguh sungguh untuk mencapai impian aku.. namun begitu, bagi mereka di luar sana keputusan ku amat baik dan masih lagi boleh memohon bidang2 yang ku minati.. aku dan sains tidak dapat dipisahkan.. walaupun subjek sains ku B namun bagi aku itu bukanlah suatu penghalang..oleh itu aku telah memohon dalam UPU dan sebuah universiti swasta separa kerajaan iaitu UNiKL dalam bidang farmasi.. 

kemudian aku mendapat surat temuduga dari UNiKL untuk temuduga dalam bidang farmasi.. alangkah bahagianya aku.. aku telah selesai dalam temuduga ini.. sangat ku tidak sangka temuduga ini tidak sedikit pun sukar malahan santai sahaja. namun begitu, aku mula rasa sangsi untuk meneruskan pengajian ini kerana aku mengambil diploma farmasi.. diploma memperuntukkan 3 tahun manakala ijazah memperuntukkan 4 tahun.. aku rasa ini tidak berbaloi kerana masa ku hanya terbazir di sini sahaja. aku juga banyak membandingkan dari segi pembelajaran dan jarak masa.. 

kalau bioleh aku mahu menjadi seorang farmasi di usia yang muda dan mendapat pekerjaan yang stabil apabila berumur 25 tahun. sedangkan apabila aku mengambil diploma kemudian ke ijazah aku akan bergraduasi pada umur 25 tahun.. jika aku ambil STPM dan sambung ijazah farmasi aku akan bergraduasi pada umur 23 tahun. anda rasa mana lebih untung? semestinya menyambung di tingkatan 6.. namun ibu aku bersikap prejudis terhadap diriku dan mengatakan aku ini bukan lah manusia yang genius untuk memperoleh keputusan cemerlang.. tambahnya lagi tingkatan 6 adalah untuk pelajar yang lemah.. aku berasa hairan namun itu bukan tanda tanya yang besar dalam diri aku. persoalan dalam diri aku sebenarnya adalah mampukah mereka menanggung aku lagi sedangkan bilangan adik beradik ku makin bertambah.. sebolehnya aku mahu pekerjaan yang bagus dan bekerja dengan lebih cepat agar mampu meringankan beban bapa ku.. 

tapi katanya dia lebih tahu siapa diri.. namun menganggap sebaliknya.. bagiku dia tidak berfikiran jauh sepertiku.. walau apepun aku berharap Allah menunjukkan jalan yang benar dan lurus agar aku tidak membuat kesilapan apabila membuat sebarang keputusan.. 

Wednesday, 4 May 2016

assalamualaikum..
today i nak story pasal tingkatan enam.. 
form6? kenapa?

sebenarnya aku dah pasang niat nak futher study kat SIC.. alkisahnye aku ni xdapat matrik.. tapi habuk pun aku tak frust sebab bagi aku form 6 dan matrik,form 6 jauh lebih baik sebabnye banyak kelebihan di form 6 berbanding matrik.. kalau matrik sijil tak laku kalau nak mintak kerja,kalau sijil STPM laku.. 

hasil dari pembacaan aku dan pengalaman senior2 terdahulu.. aku berpendapat peluang kerjaya idaman aku lebih baik kalau aku mulakan langkah ke universiti dengan masuk form 6 dulu.. sebab ape? sebab kalau gi matrik tak semestinye kita ni akan ditawarkan course yang kita nak.. kecuali pointer awak tu tinggi.. memang insya Allah dapat la.. tapi kalau sijil STPM 3.0 pun dah boleh jadi farmasi (sains tulen) .. so yang mana lebih baik? lagi pun berbanding diploma,matrik.. aku tetap respect STPM sebab kalau dibandingkan dengan diploma kan, STPM kejap je.. dah la kejap laluan nak pergi u pun mudah asalkan kita belajar sungguh2.. 

kalau orang cakap STPM ni payah.. jawapan aku semua periksa payah.. tapi STPM double payah..hahaha.. tapi tak pe .. nak gi u senang.. makin payah makin senang.. ada faham? :)

tapi buat masa ni saya tengah postpone dulu kehendak hati saya.. saya tengah tunggu UPU ni.. kalau dapat course yang saya minat insya Allah KENA pergi.. KENA sebab abah memang nak sangat aku gi universiti.. aku ni tak sampai hati nak menghampakan hasrat abah aku.. yela sapa tak bangga anak boleh masuk u..
tapi apepun aku Form 6 tetap pilihan di hati sebab aku tahu banyak kelebihan daripada kelemahan pilihan hati aku ni.. 

dulu aku ada la pernah melabel Form 6 ni low class.. tapi hukum alam.. semua cemuhan aku dulu dtang balik pada diri aku.. malu? x malu pun.. sebab memang salah sendiri.. aku ni memang tak reti malu.. tapi bukan dalam aspek yang negatif ye.. xmalu mengaku kesilapan diri.. walau apepun.. aku harap aku dapat mencapai cita2 aku sebagai seorang saintis.. aku nak masa hidup aku ni aku ada sumbangan pada manusia.. dan aku memilih untuk bergelar seorang saintis parmaceutical because this is my passion when i don't know..:) 

aku memang gila2 nak bidang ni dan akan cari pelbagai cara untuk mendapatkannya.. so aku harap pembaca2 blog semua mendoakan kejayaan diri saya ni selalu.. aku dah merangka pelbagai strategi hidup aku sekarang ni.. aku dah tak boleh berkelakuan macam budak Form 5 dah.. aku kena berfikiran matang sekarang ni.. so sekarang aku cuba untuk memasukkan diri aku dalam kehidupan sosial yang sihat macam kawan dengan kawan yang ada cita2, pandai melontar hujah secara hikmah n so on.. cuz aku percaya cari kawan yang bagus boleh pengaruhi aku untuk menjadi bagus.. aku pegang dengan kata2 ni..

aku juga dah start untuk belajar speaking sebab this is not about MUET but comunication in English is needed nowadays and also can built our mentality to be such a great person so that people can see our self-confidence and this is good for me to be a pharmacist.. seorang famasi bukan saja perlu pandai mengurus ubat ubatan tetapi juga pergaulan. kalau pandai tapi takde mulut tak jadi..

banyak sangat benda aku kena ubah dalam diri untuk menjadi lebih baik dan seterusnya mampu membawa diri aku ke suatu situasi dengan baik.. oleh itu, sekarang ni aku banyak dan sedang membuat research untuk menambahkan self-confidence aku ni.. bukan senang untuk menjadi senang.. bukan payah nak jadi payah..

okey back to the point.. aku mula daftar Form 6 4/5/2016.. first nak masuk rasa cam pelik sebab tak percaya aku merasa juga jadi form 6.. dan aku harap aku dapat timba pengalaman n pengetahuan dekat sekolah ni.. bukaan teruk sangat pun jadi pra-u ni.. baju pun bebas nak pakai asalkan menutup aurat.. i mean bebas tu pakai baju kurung tapi bebas dalam jenis corak dan warna.. yang stail2 tu not allowed.. tapi benda tu bukan hal besar pun... 

aku kalau boleh nak sambung belajar sini tapi bila ingat balik dengan susah payah aku untuk interview UNiKL tu.. aku rasa serba salah.. aku harap Allah memberi petunjuk pada aku untuk membuat sesuatu keputusan.. but yes of course my heart said choose UNiKL.. and i was like ....
i don't know.. really confius right now.. it is such a big decision that i have to make.. this is between me, my hope and family.. but i am so sure Allah will guide me to make the best choice..

mesti semua pening baca blog aku kan? hahaha.. kejap2 form 6,kejap2 farmasi, kejap2 konfius..hahaha macam2 aku ni.. sorry make u all dizzy.. this is my spontenous story.. ape yang terlintas di fikiran aku aku tulis la.. 

okey la.. for those in dilemma like me please do a lot of prayer istikharah to get the best result in making decision.. this is about our future.. nak kena suatu hari nanti jadi kerani je.. macam abah aku cakap" nak ke tengok anok2 mung duduk kelih ore make sedap2 , make KFC, tubik air liur.. mung tok seye ko" it means nak ke tengok anak2 awak duduk tengok orang makan sedap2,makan KFC, keluar air liur.. telan air liur.. awak tak kesian ke dekat anak awak?.. aku ni senyap je.. mana la sampai hati buat anak2 aku macam tu.. rasa cam gagal la jadi mak bapak macam tu.. 

hrmm.. ape2 pun tggu UPU la dulu mama aku ckp.. mama ckp biar la lama asal boleh tgok anak masuk u.. and aku pulak punya la cari jalan nak short cut study ni.. hello kalau diploma farmasi (sebab aku nak  sgt ambik course ni)  tiga tahun blajar kau tau.. tak lagi ambik ijazah farmasi empat tahun..total 7 tahun.. lama wehhh.. mana aku tahan.. kalau masuk Form 6 bole la kurang jadi 5 tahun setengah.. haish sadis campur dilema dengan kehendak parents.. tapi sekarang ni aku tengah slow talk ngan parents aku untuk membenarkan aku buat keputusan aku sendiri.. 

haish banyak sngat nak membebel ni tapi takpe la..trima kasih banyak la kerana sudi luangkan masa nak baca catatan plus luahan hati saya.. tq ^_^


Wednesday, 27 April 2016

 assalamualaikum.. 
okey sebenarnye aku tengah falling in love ngan benda ni.. 

ni tepon oppo R1.. hensome la.. aku nak tapi tak berkesempatan lagi nak beli.. abah aku tengah pokai.. aku ni memang haram la nak beli.. duit pun takde lagi.. student la nak dikatakan.. nak kije abah tak bagi..

aku ni nak sangat beli sebab abah aku yang memperomot tepon ni.. yang aku suka sekali kamera tu.. cantik gila weh...
walaupun aku ni bukan la suka sangat mengselfie tapi alang2 membeli tu biar la orang kata menang memakai..
bateri pun okey..x cepat kong.. harapnye gitu ler.. tapi sies ni.. aku nak sgt tepon ni.. hensome! hahaha!

Tuesday, 26 April 2016

kenangan

assalamualaikum uollss!!
hari ni saya gembiiiiiira sgt sbb saya dapat adik baru..
adik yang kelapan.. bnyk tak adik sye.. hahaha
anyway aku rasa sedikit janggal sbb aku ni umur dah nk masuk 18 tahun.. so kau semua boleh  bayangkan la berapa beza umur kami..

aku rasa lega sgt nih sebab temuduga dah selesai.. skrg ni tgah tggu result UPU dan UNiKL je..
tapi aku harap aku lulus temuduga UNiKL sbb memang aku nak pergi sana.. UPU tu kureng sikit sbb aku konfem, yakin, percaya mesti dapat UNISZA.. aku mintak TESL.. tapi sebenarnye bukan sebab suka tapi terpaksa.. abah aku suruh.. aku ni bukan suka sgt bahasa2 ni.. tapi aku ada simpan hasrat nak belajar bahasa mandarin.. macam best je.. belajar sebab nak komunikasi je.. kalau sampai kena belajar tatabahasa la ape semua tu memang tak la..

aku ni dulu masa form 1,2,3 memang tak pernah2 dapat A dalam bahasa inggeris.. bahasa melayu tu ada la sekali dua.. pastu bila dapat result PMR tu ada 'lubang', 7A 1B.. teacher aku frust gila jgk ngan aku.. cemana la tak frust, siang malam ngaja aku.. tapi tu la, otak aku tak leh terima.. tapi bila masuk form 4 tu.. okey la.. last2 tu boleh A-.. tapi BM tu hampeh.. aku pun ada tertanya tanya jugak.. aku ni org melayu ke? pesal la ngok sangat smpai BM dapat C.. tapi masuk je form 5 semua ok.. BM dapat A.. BI dapat A-.. result ni mantain la sampai SPM.. Alhamdulillah..

aku dapat 5A 3B 1D.. D tu addmath.. tapi memang logik la addmath dapat D sebab aku suka tido dlm kelas time addmath.. bukan nak kuang aja tapi memang boring la cikgu ajar.. dah la tunjuk jalan payah2.. ingat aku ni budak MRSM ke.. tapi tak sampai tahap bongok lagi.. kalau aku tak tido pun aku buat bnda lain.. mmg boleh dikatakan aku ni elergi sikit ngan addmath.. tapi mujur lulus.. kalau tak lulus mmg gelap dunia.. apepun kepada junior2 SMK Long Gafar tu gud luck.. saya senior batch 98 ni sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.. contohilah abang2 kakak2 batch2 96,97,98 hahaha.. 

gurau je.. tapi permintaan saya anda semua buat la sungguh2 dalam exam nnti ye.. gembirakan hati cikgu2 and parents uolls.. jaga nama baik sekolah dan diri.. jangan buat benda tak elok sebab natijah nye mesti teruk.. kepada cikgu2 SMK Long Gafar terima kasih kerana mendidik anak muridmu yang pelbagai macam ragam ini.. mmg byk dugaan and cabaran nak mmbentuk kami semua ni jadi manusia yg berjaya dunia dan akhirat.. bnyk jasa cikgu2 yg tak dapat saya balas.. walau bagaimanapun.. saya ucapkan tahniah kpd warga sekolah kerana sentiasa cemerlang dari semua segi.. 

memang jarang la saya jumpa cikgu2 macam sekolah Long Gafar ni.. mmg terbaik lah.. SMK Long Gafar sentiasa mnjadi sekolah terbaik dan paling penting ini sekolah feveret saya.. okey.. kepada kawan2 lama saya sorry sbb xjumpa.. masa ada kenduri kat sekolah tu sye xthu.. mmg serious sye tak tahu hari tu ada kenduri.. sye ingat kenduri tu lambat lgi.. sye ni dgn riang hati menanti hari kabo2 hah! nangis tak berlagu jgk hari tu.. tapi mmg patut pun sye ni jenis lambat dapat informasi sbb sye ni xde tepon.. nak bukak fb guna lappy jela.. tepon rosak.. rupa2nye tepon sye tu tepon klon je.. geram jugak tapi biar la.. nak buat cemana.. nnti abah ada duit dia beli la ko saye.. hahaha.. 

sekarang ni tak boleh lagi sebab macam2 hal nak kena settle.. first thing first.. tepon tu tak penting lah mana.. okey la awak2.. rasanye ni je kenangan yg sye nk cerita.. bukan kenangan sgt tapi ingatan tulus mulus dari saya bekas pelajar SMK Long Gafar.. 


Monday, 25 April 2016



assalamualaikum semua.. 
wa hari ni mau cita sama lu pasai experience wa bila kena temuduga.. 
hahaha.. ini wa mau bilang sama lu interviewer manyak punya baik lo..
wa dapat pula interviewer pelempuan ma.. mau nangis rasa sbb mmg wa mau interviewer pelempuan ma.. 
hahaha.. ok .. begini ini celita ma.. 

wa kena temuduga untuk UNiKL di Poli-tech MARA ma... 
wa ini org kelantan.. duduk dekat kubang kerian.. ok tukar bahasa melayu betul la.. 
aku ni nk dijadikan cerita kena la interview kat poli ni.. 
aku datang hari kedua sbb aku rse msti ramai dtg hari pertama.. so aku plan ngan abah nk gi ari kedua..
esok hari tu, aku siap2 la pakai cecantik sehabis mungkin.. macam org nk nikah pun ye jgk.. 
aku sebenarnye kompius betul ke nk pkai baju ni tpi lantak la.. asal cantik menawan..


so aku pun pergi la.. dekat je sbb guna jln short cut hahaha.. 
aku cari pintu masuk, cari la hulu hilir pastu tanya pok gak mne nk masuk.. 
alahai kat hujung upenye.. masuk pulak ada tangga.. naik la aku tangga tu.. tapi lepas tu blur pulak sbb bnyk bilik kuliah tapi xde sain board.. ape bnda la.. bgi la tau bilik brape.. hulu hilir lagi aku jln, last2 jumpe jgk.. masa nak gi cari bilik tu kena la lalu depan bilik kuliah yg lecturernyer tgah ngajar.. malu sih.. aku dgn beberapa interviewee yg lain buat muka xmalu je.. 


pastu bila masuk je dlm bilik kuliah tu kena la daftar.. 
dia nk kad ic dgn slip periksa..
aku pon bgi je la.. n then dia bagi pamplet pasal medical and so on.. 
pastu dia sruh tggu.. aku ingat ke kena buat exam MCAT sbb aku gugel tgok blog diorg kena buat tapi idak..
aku pun tggu la sambil tggu baca la pamplet tu.. 
belek punya belek.. tgok kiri tgok kanan hrmm.. cam konfiden je diorg ni.. perghh!! jahat jgk aku kutuk dlm hati.. dlm hati je.. gila lu kalu diorg tau.. 

tetiba namaku dipanggil.. aku dpt interviewer pompuan.. baik sgt lecturer fisio.. comey lak tu.. Alhamdulillah! lega hati aku.. pompuan sama pompuan ni sng sikit.. nk eye contact ke sengih menggoda ke.. ok je..
yg tak tahannyer soalan pun simple2 je.. aku ny dua mggu pergi kelas interview nk prepare myself for this interview.. buat resume lagi.. yg selama ny xpernah2 aku tahu nk buat dah pandai buat...
dia just tanya aku utk intro myself, why u choose UNiKL, why u choose to be pharmacy.. tu je la.. aku ni duk ngafal segala mak nenek zaman silam UNiKL and kut2 dia tanya pasal MARA... 
macam2 aku buat tapi tu je dye tanya.. tpi aku lega gila teramat la sbb boleh jawab tak gagap2 cam aku practice interview ngan tecer aku.. rilek je gitu.. pastu bnyk nye dia la cakap.. pasal UNiKL ni just trima 60,000 org (kalau aku tak silap, sbb aku bkn ingat sgt pun bnda ni).. oh ada lagi dye tnya aku ni aktif tak dlm sukan? aku ni mujur la ada la beberapa kali gi camp.. pastu dpt jawatan setiausaha PBSM lgi.. 

dia just angguk2 n bgitau kat sana student kena aktif dlm sport.. tpi result kena mantap setiap exam.. 3.8 lebih harus dpt.. kena mantain.. aku ni tak tau la cemana.. boleh ke tidak ni buat gitu.. tpi aku yakin aku boleh je buat gitu.. n dia bgitau knp diorg buat interview sbb rmai student dtg belajar pun sbb parents yg paksa.. aku ni dtg atas kerelaan aku sndri+paksa.. kalau xpaksa pun aku pergi jgk.. gila kut nk lepas offer gini.. da lah aku mmg minat gila bab2 ubat ni.. mmg impian aku nk buat ubat sendiri.. pergh!! best giler kalau mmbayangknnya.. tapi apepun aku harap aku diterima untuk menjadi student UNiKL.. pharmacy is my passion since i was young ok..aku mmg nk sgt gi.. nak gila2.. walaupun sebelum ni aku ade ckp ngan mama smpai gaduh sbb nk msuk ting 6.. aku rse bgus je msuk ting 6.. bnyk benefit.. da la kejap.. satu je weakness, exam payah.. tapi bgi aku semua exam pyah..kalu xpyh xdenyer sekolah kena bgi ranking bagai.. semua terbaik..

anyway, thanks for spending your time to read my blog.. ade sebarang pertanyaan sila beri komen ok.. insya Allah saya akn cuba jwb.. ^_^